Kisah kapal misteri Flying Dutchman yang berkaitan dengan laut kembali beberapa abad lalu. Dikatakan kapal Flying Dutchman, "kapal hantu" dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa melihat kapal dan hantu kapal Dutchman akan membawa nasib buruk ke atas kapal dan kapal mereka mungkin akan karam.
Menurut fakta, kapal ini hanya nampak di kejauhan dengan sinaran cahaya samar-samar di malam hari.
Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17. Beratus-ratus tahun versi cerita ini wujud dan menakutkan para pelayar-pelayar Inggeris sehingga ke abad-20. Kisah kapal Flying Dutchman ini juga diadaptasikan dalam siri filem lakonan Johnny Depp dan Penelope Cruz, The Pirates Of Caribbean.
Ramai yang mengatakan, mereka pernah terserempak dengan kapal berhantu tersebut terutama di sekitar Cape of Good Hope, Afrika.
Kisah dan sejarah kapal hantu The Flying Dutchman
Pelayar kapal ini dikatakan bernama Hendrick Van der Decken berasal dari Belanda. Kapten Hendric,
Kapal dan misteri The Flying Dutchman adalah kapal hantu legenda yang tidak dapat berlabuh di daratan atau singgah mana-mana pelabuhan.
Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya itu menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga ke hari kiamat.
Mengapa ia menjadi sebuah kapal berhantu?
Menurut legenda, Kapten Hendrick Van der Decken disyaki meminta bantuan iblis/jembalang laut untuk pelindungan dari badai dan taufan semasa pelayaran.
Namun ditengah pelayarannya ke Cape of Good Hope tiba-tiba cuaca buruk,ribut taufan melanda di depan kapal mereka dengan dasyat. Lalu, salah seorang anak kapal meminta supaya pelayaran dihentikan. Tetapi kapten Hendrick tidak mahu, lalu dia berkata...
"aku bersumpah tidak akan berundur dan akan terus membelah badai dan ribut untuk mencapai bandar tujuanku, atau aku beserta semua anak kapal akan terlaknat selama-lamanya jika kita semua berundur".
Tiba-tiba badai dengan dasyat menghentam kapal itu sehingga mereka kalah melawan badai dan akhirnya kapal mereka karam.
Mereka ditimpa sumpahan laknat
Dan dengan itu maka terkutuklah selama-lamanya Kapten Hendrick bersama para anak kapalnya itu dan menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya.
Konon, Kapal tersebut dikutuk untuk melayari 7 lautan sampai akhir zaman. lalu cerita itu tersebar sangat cepat ke seluruh dunia.
Fakta-fakta lain
Sumber lain juga ada menyebutkan, mereka diserangan wabak penyakit berbahaya di kalangan anak-anak kapal sehingga mereka tidak dibenarkan untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan.Mereka semua mati semasa dalam pelayaran oleh kerana diserang wabak penyakit.
Sejak itu, kapal dan awaknya dihukum untuk selalu berlayar, tidak pernah berlabuh di daratan.
Menurut beberapa versi, ini terjadi pada tahun 1641, dan ada sumber yang lain meneka tahun 1680 atau 1729. Terneuzen (Belanda) disebut sebagai rumah legenda Flying Dutchman, Van der Decken, seorang kapten yang mengutuk Tuhan dan telah dihukum untuk mengharungi lautan selamanya, telah diceritakan dalam novel karya Frederick Marryat - The Phantom Ship dan Richard Wagner opera.
Banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini kelihatan di Mulkzenberg.
Kapal Flying Dutchman dikatakan sering dilihat pada abad ke-19 dan ke-20. Menurut fakta yang dilaporkan, kapal itu bercahaya suram melintasi kapal-kapal lain.
Jika kapal Flying Dutchman melalui kapal-kapal lain, anak kapal Flying Dutchman akan cuba untuk menghantar mesej pada daratan, atau kepada roh-roh orang-orang yang telah lama mati di daratan.
Pertemuan yang tidak diduga dengan kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka mempunyai cara untuk mengelak daripada kapal berhantu tersebut dengan memasangkan ladam kuda di kapal mereka untuk perlindungan.
Penemuan Yang Direkodkan.
1823 : Kapten Oweb , HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan TFD.
1835 : Semasa kapal british dilanda ribut , sebuah kapal yang didakwa sebagai TFD secara tiba-tiba telah melanggar kapal mereka dan tiba-tiba hilang begitu saja.
1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bacchante termasuk King George V telah melihat sebuat kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya , salah seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu tersebut.
1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD
1939 : Beberapa orang di sebuah pantai terkejut kerana melihat sebuah kapal usang yang tiba-tiba HILANG!!
1941 : Saksi dipantai Glencairn mendakwa sebuah kapal usang merempuh sebuah batu dan juga hilang.
1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.
1959 : Sebuah kapal Straat Magelhaen hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD.
Benar atau tidak...wallahualam...siapa yang menjadi saksi mendengar sumpahan Kapten Hendrick? Dan siapa yg membawa perkhabaran itu....? Para kelasi (anak kapal) dikhabarkan semua sudah meninggal.
Wallahualam...
Hadis
Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atas air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” [HR Muslim (2813)]
Dan juga datang dari hadis Abu Musa r.a. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadis ini sahih. Sebahagian ulama menyebutkan bahawa lautan yang dimaksudkan ialah samudera "Al-Haadi" kerana di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.