Sejak beberapa hari lepas dlm satu kenyataan balas yg dibuat oleh Faizal Tahir dlm laman twitter dia semakin diminati dan meraih beribu2 sokongan dari peminat dan bkn peminat. Saya dulu tidak langsung minati Faizal Tahir ni, tetapi selepas terbaca dlm blog2 menjadi tertarik dgn kenyataan balasnya.
Memang benar kenyataan Faizal mengenai sumber kerezekian itu bukan dari mana-mana pihak, semuanya adalah dari yg Maha Esa. Jadi jgnlah ada yg mempertikaikan seperti menolak pemberian rezeki dari Allah SWT. Walaupun penampilah seperti rock tidak semestinya Faizal seorang yg jahil berbanding dengan pihak satu lagi yang agak kemas dan educated.
Dan kenyataan balas Faizal itu bkn bertujuaan menyokong mana-mana politik tetapi bercakap dari segi agama dan kefahaman pengertian qada dan qadar Allah SWT. Faizal juga cuma memperbetulkan kesilapan kenyataan dari pihak yg satu lagi. Saya percaya Faizal Tahir faham pengertian konsep qada dan qadar serta bertawakkal kepada Allah SWT dan dia percaya rezeki ada di mana-mana walaupun kerjanya lebih kepada industri hiburan.

Faizal Tahir

Jadi ambillah pengajaran dan fikir-fikirkan dulu sebelum membuat sesuatu kenyataan yg mungkin bercanggah dari segi akidah seseorang. Mungkin pihak yg satu lagi tersilap membuat kenyataan dan tidak berniat utk mempertikaian pasal kerezekian dari Allah,harap ianya tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan menjadi pengajaran kepada kita.
Surah Taha ayat 132

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". Taha:132.

Surah Saba Ayat 39

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". Saba 39

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com