Di sini ada beberapa petua untuk mengurangkan atau menurunkan tekanan darah tinggi.
Ini adalah petua yang diberikan oleh orang tua-tua untuk menurunkan darah tinggi. Sebagaimana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu. Berikut ada beberapa tip yang baik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Daun Pegaga
Peria katak
Tip Pertama
Bahan-bahan
3 biji Peria katak (buang biji)
3 Batang celeri
1 simpul daun pegaga (kalau sukar nak dapat, boleh ganti dengan epal hijau)
2 biji Air kelapa
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar [ blander] dan kisar hingga halus. Tapis dan simpan dalam peti sejuk. Minum 2 kali sehari. Jika tekanan darah sudah hampir stabil, amalkan meminum 1 kali sehari saja sudah memadai.
Pokok Peria
Tip Kedua
  1. Ambil daun pokok peria  [seperti gambar di atas] dalam 100gm atau lebih [atau segenggam] dan rebus dengan air lebih kurang 2 gelas. [pastikan ambil daun yang tua berwarna hijau pekat].
  2.  Rebus sehingga mendidih dalam 10 minit.
  3.  Tapiskan daunnya dan minum. Amalkan minum secawan/segelas tiga hari berturut-turut. Selepas itu amalkan 2-3 minggu sekali untuk minum. Ia tidak boleh amalkan setiap hari,menyebabkan tekanan darah anda terlalu rendah. Ia juga boleh mengurangkan kadar kalestrol dalam darah. InsyaAllah beberapa jam sahaja tekanan darah anda akan turun.
Tip Ketiga 
Tip ke-3 ini diberikan oleh kawan saya, dan saya sampaikan kepada kawan-kawan lain dan dapat feedback yang baik dari kawan-kawan saya.
 * Cara ketiga sama juga dengan cara ke-2, cuma menggunakan daun pokok cermai [seperti gambar di bawah yang buahnya berwarna kuning dan boleh buat jeruk] nama saintifiknya Phyllanthus acidus. Pokok ini biasa ditanam di kampung atau kawasan perumahan di bandar. Biasanya orang India tanam di depan rumah.
** Untuk tip ke-3, jika tekanan darah anda di tahap yang kritikal dan kepala mula pening [atau pusing-pusing].
  1. Ambil daun pokok cermai  [seperti gambar di bawah] dalam 100gm atau lebih [atau segenggam] dan rebus dengan air lebih kurang 2-3 cawan. [pastikan ambil daun yang tua].
  2.  Rebus dan biarkan mendidih dalam beberapa minit [biasa 10 minit atau kurang].
  3.  Biarkan ianya suam, tapiskan daunnya dan minum sebanyak 2 cawan. Selepas itu amalkan 6 bulan sekali untuk minum. Dinasihatkan jangan amalkan minum kurang dari 5 bulan, disebabkan tekanan darah anda akan menjadi terlalu rendah. InsyaAllah menurunkan tekanan darah tinggi anda dengan pantas lebih kurang 1 jam.
Pokok Cermai atau  Phyllanthus acidus
Tip Keempat
Amalkan minum

  • air asam jawa 2 kali sehari selepas makan dan juga boleh amalkan minum air limau nipis jika tekanan darah anda kurang dari <130. Tahap normal ialah 120/80 seperti dalam table di bawah.
  • Pucuk atau daun pegaga [seperti gambar di atas] dibuat ulam-ulam dan amalkan makan bersama nasi.

Jika tekanan darah melebihi atau sampai >180, sila dapatkan tip No 2 atau No 3.

Berikut adalah kadar bacaan tekanan darah.
Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg
Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Normal
< 120
And < 80
Pra Hypertensi [Peringkat Permulaan]
120- 139
or > 80 - 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
or > 90 - 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
or > 100
Tanda-Tanda Tekanan Darah Tinggi. klik---> Bacaan Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala [kepala pusing].
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)- 
  • Juga biasa pening ketika bangun tidur.
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Petua Merawat Sakit Buah Pinggang: Klik Sini
Selanjutnya: Klik Sini

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com