Kos sara hidup di beberapa negara-negara maju telah meningkat begitu mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan termasuk kebanyakan negara-negara Eropah Utara walaupun tidak seperti di Amerika, Britain dan Jepun .
IHP merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP (Indek Harga Pengguna atau dlm Inggeris- CPI- Consumer Price Index) mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan
perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa. Berikut di bawah adalah senarai 10 negara2 teratas dengan indek  IHP paling mahal pada bancian thn 2013.
1 - Norway.
[Chart – current CPI inflation Norway (yearly basis) – last 12 months]
Jumlah penduduknya hanya 4.952  juta org kerana Norway hampir separuh negaranya diliputi ais terutama di pergunungan spt Gunung Scandinavia. Penduduk dan bandar2 utama hanya di persisiran pantai.Hasil utama negaranya ialah perikanan,petroleum,industri pembinaan dan lain-lain industri yang menjadikan negaranya begitu banyak kos dan kerajaannya memberi subsidi kpd rakyatnya yg tidak bekerja.Tetapi tidak untuk warga asing dan seperti negara-negara maju yg lain jika keluasan tanah yg sangat terhad, di Norway harga sebuah rumah terlalu mahal. Lebih 70% keluasan negaranya adalah pergunungan dan keluasan tanah pamah purata 323,800 km. Kerajaannya bergantung kepada barangan IHP import selain sektor perikanan di Norway. Keluasan tanah utk pertanian hanya 2.2 km (3.2% dari keluasan tanah pamah). Sistem pengangkutan darat adalah terhad dan kerajaan memerlukan kos yg tinggi utk membina jalan darat kerana faktor geografi.

2 - Switzerland.

Switzerland spt negara-negara Eropah Utara yg lain memandangkan faktor musim sejuk yang amat ketara di sana memerlukan banyak pergantungan kepada barangan luar import. Kerajaan mengenakan cukai2 yang tinggi tetapi tetap menjaga hak rakyat mereka. Sesetengah rakyatnya tidak perlu kerja sama sekali tetapi orang asing perlu bekerja lebih keras di sana kerana banyak cukai2 yg dikenakan oleh kerajaan. Ia mempunyai Indeks Harga Pengguna 151,77. Mungkin terkenal dgn keindahan dan sebuah negara pelancongan terkemuka jadi langkah kerajaan menaikkan taraf/kos sara hidup di sana.

3 - Australia.

Sebab sebenar Australia adalah begitu tinggi kos sara hidup adalah kerana sistem pentadbiran negaranya itu dlm pergantungan kepada sumber-sumber import . Ia mempunyai Indeks Harga Pengguna 133,66 dan yang sangat menakutkan.
Walaupun keluasan tanah tidak terhad tetapi kos barangan pengguna agak mahal.

4 - Luxembourg.
Satu lagi negara yang mahu mengekalkan identiti dan kebudayaan spt bangunan lama utk menarik pelancong menjadikan ia sangat mahal untuk tinggal di sana.Tidak ada sebab untuk kos yang tinggi di sana kerana Luxembourg bkn spt di Jepun dgn memiliki keluasan tanah yg besar. Dengan Indeks Harga Pengguna 124,76 ia mengambil wang rakyat yg banyak dan kesabaran yg tinggi utk tinggal di sana. Untuk warga asing memerlukan pendapatan yang baik utk terus menetap di sana.

5 - Denmark.

Sudah tentu Denmark adalah mahal. Ia sebuah negara terletak di Eropah Utara spt tidak mahu orang lain terus menetap di sana. Dengan Indeks Harga Pengguna setinggi 119,95 ia adalah satu keajaiban bagi sesiapa sahaja yg boleh tinggal di sana. Ekonomi di sana adalah mahal kerana ia memerlukan sumber2 import spt barangan isi rumah [jumlah eksport kurang] kerana bilangan penduduk yang lebih kecil berbanding di Amerika Syarikat. Mengekalkan tahap yang tinggi dlm kualiti hidup di sana memerlukan harga yang lebih tinggi terhadap cukai2 yg dikenakan oleh kerajaan terhadap penduduknya.Bagaimanapun, kerajaan Denmark menawarkan rakyatnya dgn banyak dari segi bentuk diskaun utk barangan keperluan.

6 - Jepun.

Lupakanlah kalau anda ingin menetap di Jepun, melainkan jika anda tinggal di kawasan luar bandar, tinggal di kota-kota besar di Jepun spt Tokyo,Osaka dll boleh menjadi tidak siuman. Harga sebuah pangsapuri dan rumah-rumah yg tidak masuk akal oleh kerana keluasan tanah yg terhad di bandar2 besar. Faktor birokrasi dan stigma sosial yang menjadikan warga asing sukar utk hidup melainkan jika mereka mempunyai pendapatan yang besar di sana.Gaji mencecah lima angka hanya layak utk sara hidup seorang diri sahaja di kota2 Jepun. Jepun adalah mahal segala-galanya dan memang begitu kerana kerajaan berusaha untuk menukarkan/menaik taraf kpd sebuah negara berteknologi tinggi di dunia. Ia terlibat dlm pelaburan dalam berbagai espek utk menjana pendapatan negara spt cukai2, import minyak,bahan mentah dan lain-lain sumber penting yg membuatkan perbelanjaan semakin meningkat.

7 - Sweden.

Kadar cukai yang tinggi dan Indeks Harga Pengguna (IHP)114,47 menjadikannya salah satu daripada tempat yang paling mahal untuk hidup di dunia. Tinggal di sana memerlukan gaji yang baik dan memerlukan bijak utk penabungan. Penjagaan kesihatan/rawatan hospital dan pendidikan melibatkan kos tinggi. Salah satu negara pelancongan terkemuka di dunia menyebabkan langkah kerajaan menaikkan cukai2, tetapi jika anda mahir dlm pembuatan seni/rekaan fesyen ia akan menjadi anda seorang yg kaya di Sweden.

8 - New Zealand.

Negara pulau yang besar di New Zealand yg tempat ke- 8 dengan Indeks Harga Pengguna melebihi 113,63. New Zealand adalah sebuah negara yang berbeza-beza landskap dan geografi dari gunung salji dgn pemandangan yg luas dan tumbuhan subur. Ia dikelilingi oleh Lautan Pasifik dan ia adalah salah sebuah pulau yang sukar dan agak mencabar kehidupan tetapi banyak industri yang memerlukan banyak wang untuk mengekalkan kemudahan asas. Kos sara hidup adalah disebabkan logistik,barang-barang keperluan perlu dihantar atau diterbangkan ke daerah/bandar2 kecil lain dan akan meningkatkan harga barangan keperluan harian. Hanya orang-orang yang mempunyai pendapatan tinggi boleh kekal di sana.

9 - Bahrain.

Ia mempunyai Indeks Harga Pengguna 113,49 dan ini negara Timur Tengah yg hasil kewangan daripada sumber perdagangan minyak. Kebanyakan bandar-bandar besar dibina dgn bangunan baru dan dinaik taraf dengan infrastruktur yang melibatkan kos tinggi. Makanan, keperluan asas dan sewa rumah terlalu mahal di sana. Ia bukan sebuah negara di mana warga asing boleh hidup dgn sempurna melainkan jika mereka bergaji yang besar.

10 - Iceland.

Sebuah pulau kecil bermula dari senarai dengan Indeks Harga Pengguna setinggi 112,43. Kerajaan yg mengambil langkah utama dalam krisis perbankan dgn cara membuang pegawai-pegawai tinggi yg gagal untuk melindungi rakyat. Melakukan penyingkiran ini menyelamatkan negara dan usaha kerajaan menyelamatkan bank-bank mereka dari muflis secara besar-besaran. Ia adalah kos yg mahal untuk tinggal di sana kerana kesukaran dalam faktor perkapalan dan pengangkutan awam.
Tidak banyak sumber bumi utk diexport dan banyak bergantung kpd barangan luar kerana faktor geografi tidak sesuai utk pertanian.Faktor geografi bergunung berapi dan dikelilingi oleh lautan Atlantik serta keluasan tanah yg terhad adalah langkah kerajaan mengenakan caj dan cukai yg tinggi terutama dlm hartanah.

Nah itulah senarai negara-negara paling mahal untuk hidup dalam tahun 2013. Melihat bagaimana negara-negara Eropah Utara dgn kos sara hidup yang paling tinggi. Ia jelas merupakan modus operandi tetapi ia membantu mereka mengekalkan kawalan populasi dlm negara mereka utk jangka masa panjang. Dan juga faktor keindahan negara mereka yg menarik pelancong asing menyebabkan kerajaan menaikkan kos IHP.

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under: ,
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com