Tekanan darah yang tidak stabil boleh mencetuskan penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular.
Tekanan darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang akan merosakkan struktur dan fungsi saluran darah serta  memusnahlah lelehan vaskular-keseimbangan dinamik endotelin dan karbon monoksida, bahan-bahan penting untuk menstabilkan tekanan darah.

Apabila keseimbangan ini terganggu, tekanan darah akan kerap meningkat dan fungsi-fungsi vasodilasi dan vasokonstriksi akan terjejas.

Ia boleh diumpakan seperti pita getah elastik yang mudah putus setelah diregangkan berkali-kali; oleh itu hipertensi hendaklah di rawat terlebih dahulu untuk menghapuskan punca sebenar arterisklerosis jantung dan otak, dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penyembuhan salur-salur darah yang mengalami sklerosis.

Pakar-pakar perubatan berpendapat bahawa langkah pencegahan dan rawatan untuk penyakit-penyakit kardio-serebrovaskular hendaklah tertumpu kepada usaha mencegah arterisklerosis kerana arteri merupakan rangkaian lalu-lintas seluruh tubuh.

Jika plak wujud pada dinding arteri tidak dihapuskan kesesakan lalu lintas akan bertambah buruk dengan iskemia dan nekrosis yang terjadi dalam organ-organ terbabit. Pembentukan plak mengambil masa lebih kurang 10-15 tahun tanpa sebarang simptom yang ketara.

Pesakit hipertensi merupakan golongan yang paling berisiko menghidapi penyakit kardio-serebrovaskular di seluruh dunia.

Penyakit hipertensi hendaklah sentiasa mencari perlindungan vaskular dan tidak bergantung kepada rawatan tunggal yang rumit. Sebaliknya mengambil beberapa gabungan rawatan yang fokus kepada perlindungan vaskular.

Ubatan yang digunakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut;

kesan tereupatik merendahkan tekanan darah dan menormalkan keterlapan salur darah:-
  1. menguatkan keterkecutan kardium
  2. meningkatkan keluaran kardium
  3. mengurangkan penggunaan oksigen oleh otot-otot kardium
  4. mengembangkan arteri koronari
  5. meningkatkan aliran darah koronari
  6. melancarkan pengaliran darah miokardium
  7. merendahkan tahap lipid plasma yang ketara                    

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com