Gambar-gambar ini menunjukkan arah laluan pejalan kaki yang sangat sempit dan berbahaya di sepanjang tebing di sebuah pergunungan di Wilayah Shaanxi China.
Chang Kong Cliff Road di Haushan,pejalan kaki di lereng gunung ini pada asalnya telah dibina lebih daripada 700 tahun yang lalu oleh sami untuk pergi bertapa jauh ke puncak gunung.
Laluan pejalan kaki hanya selebar kaki dan telah dibina tergantung di tebing yang benar-benar tegak. Tersilap langkah akan terjunam beribu-ribu kaki ke bawah lembah.Hari ini, sesiapa sahaja yang berani mendaki ke kemuncak gunung itu tidak perlu memakai tali keselamatan khas.
Huashan Mountain's Chang Kong Cliff RoadPurba: jalan ini dibina semasa dinasti Yuan oleh seorang yang bernama Yuan Xi dan pengikut atau anak muridnya, ianya mengambil masa selama 40 tahun untuk disiapkan. Ia dibina sebagai laluan ke tempat yang lebih aman untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka.