Pada bulan Disember 2012 lepas, rangkaian telekomunikasi Britain, BBC Radio 4, menyiarkan program tentang lawatan ke tapak bandar/kubu nuklear lama yang tersembunyi di tempat yang tidak mungkin diketahui umum di sebuah desa terpencil di Wiltshire, Burlington, England.
Jalan Bawah Tanah
Kubu besar telah dibina di bawah tanah untuk menjadi pusat Kerajaan bila berlaku kecemasan semasa perang. Kubu/bandar bawah tanah ini diwujudkan untuk menempatkan Perdana Menteri pada masa itu, Harold McMillan. Disediakan Pejabat Kabinet. penjawat awam dan kakitangan kubu yang tersembunyi boleh menampung sehingga 4,000 orang, tetapi malangnya bukan untuk ahli keluarga mereka.Kerusi masih lagi dibalut
Dibina pada tahun 1950 di bekas kuari batu Burlington yang meliputi seluas 240 ekar dan mempunyai rangkaian jalan raya kira-kira 60 kilometer yang telah dibentangkan mengikut gaya New York. Selain jalan raya Ia juga mempunyai stesen keretapi sendiri dan juga disediakan pub untuk kakitangan.Katil Hospital Disediakan
Kubu itu dilengkapi dengan bekalan yang cukup supaya penduduk boleh hidup sehingga tiga bulan. Tiga penjana berkuasa seluruh bandar/kubu dan udara itu disimpan dalam kawalan suhu persekitaran 20 darjah. Terdapat hospital, kantin, sebuah loji rawatan air dan tasik bawah tanah. BBC dan stesyen radio Burlington Britain yang mengendalikan operasi di bandar bawah tanah ini sebagai sistem perhubungan dari luar.Studio Radio
Bandar bawah tanah yang luar biasa ini telah tersembunyi dalam keadaan baik selama 30 tahun, dalam kes ini, pada tahun 1991 di akhir daripada Perang Dingin, MOD mengambil alih pengurusan sehingga ia telah ditamatkan pada tahun lepas ]2012]. Sejak itu semua peralatan telah dikeluarkan dan ianya tidak lagi berfungsi.