Tip atau petua untuk merawat sakit buah pinggan jika anda ada mengalami masalah komplikasi ini lebih baik amalkan petua di bawah ini. Sebelum kita pergi ke petua saya ulas sedikit fakta pengenai komplikasi ini dulu. 
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah. 
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang? 
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan cara-cara rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

Tip dan Rawatan Tradisional
Petua atau tip ni saya [ admin sendiri] ambil dari sepupu yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal terpaksa kena buat pembedahan untuk buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu untuk buat operation di hospital.
Tombong Kelapa 
Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa [bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya] dan minum air perahannya. Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2 minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia minum air tombong kelapa dan makan  2-3 biji tombong kelapa sekali [ bukan isi kelapa-jangan tersilap].
Sampai masa untuk tarikh operation, doktor sahkan penyakit buah pinggang tidak ada lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah jika pembaca/blogger atau bagi tau kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make sure sebelum buat pembedahan.
Alhamdulillah sepupu saya masih sihat sehingga sekarang. Sebenarnya tip ni orang-orang dulu-dulu amalkan.
Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa
  1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah cukup.
  2. Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh. 
  3. Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.
  4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum airnya atau makan.
  5. Amalkan sehingga 7 -14 hari. Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.[Pastikan amal setiap pagi].
* Jika tidak faham tips atau cara-cara di atas sila komen.
Hadith :
1- Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
2-"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah".
(Riwayat Muslim dan Ahmad).

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com