Meneroka tapak peninggalan projek rahsia untuk ujian enjin turbin di England yang terletak di kawasan hutan kecil di antara bandar besar Farnborough di Hampshire, England, berdiri struktur bangunan sepi daripada konkrit, logam dan kaca. Terbiar dan mereput dan atas sebab-sebab yang jelas apabila anda melihat melalui gambar-gambar seperti tapak ujian rahsia tentera ini. Pada hari ini, bangunan ujian turbin rahsia masih dikawal oleh pengawal keselamatan.
Walaupun semua tenang di sini sekarang, selama lebih setengah abad National Gas Turbine Establishment di Pyestock, melihat berbagai-bagai jenis enjin turbin [sejenis enjin yang digerakan oleh aliran wap] melalui pintu sel-selnya.
Semua enjin turbin dari Tentera Udara Diraja British seperti enjin Concorde juga telah diuji kuasa di sini. Dibina khas dewan di tapak ujian enjin ini termasuk juga bangunan bawah tanah. Enjin yang dimiliki oleh pesawat tentera Soviet yang telah dirampas semasa perang dunia ke-II juga terdapat sini.
Walaupun semua tenang di sini sekarang, selama lebih setengah abad National Gas Turbine Establishment di Pyestock, melihat berbagai-bagai jenis enjin turbin [sejenis enjin yang digerakan oleh aliran wap] melalui pintu sel-selnya.
Semua enjin turbin dari Tentera Udara Diraja British seperti enjin Concorde juga telah diuji kuasa di sini. Dibina khas dewan di tapak ujian enjin ini termasuk juga bangunan bawah tanah. Enjin yang dimiliki oleh pesawat tentera Soviet yang telah dirampas semasa perang dunia ke-II juga terdapat sini.
Cell 3
Bangunan pengkalan ujian rahsia ini memulakan operasi pada tahun 1949 semasa Cold War. Pada tahun 1961, bangunan Pyestock telah diperluaskan lagi yang merangkumi beberapa sel-sel ujian turbin yang lebih besar untuk menampung jet-jet pejuang supersonik. Dan tapak yang luas ini terus melakukan penyelidikan dan ujian rahsia sehingga ia ditutup pada tahun 2000.Cell 4
Empat bangunan utama untuk kemudahan ujian seperti Sel 4, ruang ujian terbesar, telah dibina pada tahun 1965 dengan kos sehingga £6.5 juta($10.4 juta USD) dan merupakan satu-satunya kemudahan pusat penyelidikan dan ujian enjin seumpama ini di dunia. Ia dibina untuk menguji pesawat Concorde dan jenis-jenis enjin supersonik lain yang boleh menjana kelajuan angin sehingga 2,000 mph dan pada tahap ujian ketinggian 61,000 kaki. Oleh kerana jumlah yang besar tenaga yang diperlukan untuk kuasa ujian ini, sel 4 hanya boleh dijalankan operasi pada waktu malam agar ia tidak melemahkan grid elektrik kawasan penduduk tempatan.
Air House- Untuk ujian tekanan udara
Satu pembinaan sebelum ini dikenali sebagai Air House disambung ke sel 4 dan memberikan kuasa sedutan udara yang diperlukan untuk meniru keadaan penerbangan di udara. Bangunan ini digambarkan sebagai salah satu yang paling menarik di Pyestock. Dan luaran berbumbung kaca yang kebanyakannya mempunyai lapan kaki panjang, paip ekzos biru, setiap satu berkaitan dengan pemampat udara dalaman / ekzos yang ditetapkan, dipasang dua tingkat dan dialas tiang konkrit yang tinggi.
Walaupun saiz yang menarik, Air House tidak mampu untuk memenuhi keperluan dengan betul sedutan udara luar, walaupun sel-sel ujian udara dan Cell 4 telah dibina. Oleh yang demikian, satu set ekzos kesembilan telah ditambah pada tahun 1965 untuk menampung dan menyamai kelajuan angin sebenar. Sejumlah 6,000 kuasa kuda yang digunakan di sel 3, sel 3 barat dan Sel 4.
Pada akhir abad ke-20, simulasi komputer telah meningkat maju dan semakin pesat membangun yang dapat mengatasi ujian fizikal enjin turbin dilakukan di Pyestock. Simulasi komputer lebih murah, mudah, tidak perlu ramai kakitangan dan lebih cekap tenaga. Jadi, pusat ujian turbin Pyestock secara beransur-ansur ditinggalkan.
Teknologi tahun 50-60'an ketinggalan zaman walaupun tempat ini sebenarnya dirahsiakan operasi penyelidikannya dan gambar-gambar tidak pernah wujud di mana-mana sebelum ini walaupun masyarakat setempat mengetahui kewujudan lokasi dan operasi pengkalan ujian ini.