Krisis petrol di Mesir dalam beberapa hari ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Mustahil, negara pengeluaran minyak utama dunia menghadapi kekurangan bekalan bahan api tersebut. Bukan masalah minyak tiada tetapi pemilik stesen minyak menyembunyikan minyak dari dijual. Hanya beberapa jam selepas Presiden Mursi menyampaikan ucapan, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri wilayah Iskandariah dengan kerjasama polis wilayah berjaya menumpaskan percubaan sebuah stesen minyak di kawasan At-Tobiyah yang menyembunyikan 16,000 liter petrol.

Ini bermakna stesen minyak tersebut merupakan yang pertama ditarik lesen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkuasa bertindak menguruskan stesen tersebut, sebagai melaksanakan arahan Mursi dalam ucapannya semalam.

"Saya yakin selepas ini, tiada lagi kenderaan beratur panjang bagi mengisi minyak" Kata Mursi dalam ucapannya. Pemilik stesen minyak sekarang hanya ada dua pilihan, sama ada mengembalikan hak dengan menjual minyak seperti biasa atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dan ditarik semula lesen.

Di seluruh Mesir terdapat lebih 60,000 orang pemilik stesen minyak yang merupakan orang kanan Mubarak. Jadi rancangan mereka menyembunyikan minyak bagi menaikkan kemarahan rakyat kepada Mursi pada 30 Jun nanti, mereka yang tidak tahu hujung pangkal dengan 'krisis rekaan' ini akan mengamuk dan memberontak.

Mereka merancang dan Allah juga merancang. Bukankah Allah sebaik-baik perancang?

via Facebook

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com