NILAI – Serbuan Jabatan Imigresen di sebuah unit apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin di Mantin dekat sini malam kelmarin membongkar rahsia seorang wanita warga tempatan yang bersekedudukan dengan teman lelakinya seorang warga Nigeria.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 26 tahun itu didapati sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan lelaki itu juga didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya, pihaknya menahan wanita yang berasal dari Selangor itu kerana disyaki melindungi teman lelakinya seorang warga asing.

“Semasa disoal siasat wanita itu mengaku lelaki warga Nigeria terbabit teman lelakinya dan mereka sudah tinggal di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.
“Wanita itu juga mengaku dia tertarik dengan layanan lelaki terbabit sehingga sanggup untuk tinggal serumah,” katanya di sini semalam.
Sumber: Kosmo
Aku Bukan Malaikat araha Erma Fatima dalam Cerekarama TV3 malam tadi memang kisah sebenar. Syabas Erma ceritanya yang agak menarik dan berkisarkan realiti..great.look something completely different..compare dengan filem2 sebelum. Ramai wanita-wanita tempatan terperangkap dan dijadikan keldai dadah.

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com