Ramai orang cemuh dengan burung gagak yang dianggap pengotor,bising dan hodoh. Makan bangkai dari sisa-sisa terbuang di samping warna hitam itu yang dikotegorikan sebagai haiwan pemangsa juga. Tiada sesiapapun ingin membela burung gagak ni disebabkan bunyi agak bising tidak tentu hala, tak kira pagi atau petang.
Sesetengah orang menganggap mitos membela burung gagak ni sebagai pembawa sial kepada penghuni rumah itu. Dan juga sesetengah pengamal ilmu mistik menggunakan bangkai gagak untuk sesuatu tujuan.
Burung gagak berparuh besar atau dipanggil juga Gagak Kampung atau nama sainsnya  Corvus macrorhynchos banyak terdapat di daerah Asia Tenggara.
Merenung ciptaan makluk Allah SWT ini, setiap ciptaanNya mesti tidak akan sia-sia atau tiada faedah. Kita lihat di jalan-jalan raya atau di mana-mana saja, bangkai binatang yang mati di tepi jalan atau di dalam longkang, gagak yang hodoh inilah jadi tukang pembersihnya. Daripada bangkai haiwan lain dan sisa-sisa buangan orang yang tidak ada kesedaran sivik mencampak sampah ke dalam longkang , dihinggap lalat dan berulat, burung hitam inilah yang menyelamatkan kekotoran itu yang akan membawa wabak penyakit.
Genius
Burung gagak dianggap genius daripada spesis burung-burng lain dan hidup bermasyarakat di antara kumpulan mereka dan saling bantu-membantu adalah contoh yang baik.
Salah seorang ilmuwan Israel tertarik untuk mempelajari perilaku burung gagak, ia meneliti telatah gagak yang disebut sebagai binatang liar dan tersebar luas di Israel, tiba-tiba ia lihat salah satu dari gagak mengumpulkan cebisan roti membawa cebisan roti lalu dicampakkan ke dalam danau, saat ikan berkumpul memakan cebisan roti yang dibuang di bawah permukaan air, lalu gagak itu terbang  dan menyambar salah satu ikan dengan paruhnya, kemudian terbang ke sarang.
Mengapa burung gagak membunuh satu sama lain?
Diketahui bahawa jika salah satu burung ini tercedera atau tejangkit penyakit dalam anggota kelompok dan tidak mampu untuk terbang lagi maka diambil keputusan untuk membunuhnya dan menguburkannya kerana bimbang akan penyebaran penyakit ke seluruh anggota gagak yang lain.
Mengapa burung gagak disebutkan dalam Al Qur’an?
Kisah burung gagak yang genius ini ada dicerita dalam Al-quran adalah mengajarkan manusia bagaimana cara  menguburkan jasad orang mati, mengapa Allah Yang Maha Kuasa memilih haiwan ini dari makhluk lainnya?

Sejarah manusia di mukabumi, ada ayat Al-Quran yang menceritakan kisah burung mula-mula mengajar manusia, sebuah praktikal contoh yang menarik. Kisah anak-anak nabi Adam AS, iaitu Habil dan Qabil dan gagak.

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi.
Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya.
Berkata Qabil, 'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal."
(Al Maidah : 30-31)
"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;[Al-Maidah- Ayat:27]
Ayat ini menyuruh kita berfikir dengan kreatif. Ayat ini jelas menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia. Jelas menunjukkan, manusia merasa 'direndahkan' oleh solusi yang dikemukakan oleh burung gagak untuk menyelesaikan beberapa masalah krisis antara manusia. Jadi, gagak adalah haiwan cerdik lagi kreatif, hingga mampu mengajar manusia bagaimana menguburkan mayat.
Klip video ini sebagai bukti burung gagak ini adalah genius.

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com