Banyak bukti-bukti sejarah dan pakar-pakar arkeologi dan saintis telah mengesahkan kewujudan manusia pra-sejarah dan kedatang Alien di bumi ini.
Tetapi sejak berabad-abad lamanya kita dihidangkan dengan cerita-cerita ini, tiada bukti yang sahih mengenai fakta-fakta di atas. Walaupun sesetengan versi ini telah diteks kedalam buku sekolah seolah-olah saintis mengiakan fakta yang tidak pernah wujud. Berikut 10 fakta tentang pembohongan penemuan tengkorak Pra-Sejarah dan Makluk Asing di bawah ini.
1- Tengkorak Kristal
Menurut cerita legenda, tengkorak kristal ini telah beredar di kalangan pengumpul muzium sejak lewat abad ke-19 lagi. Kononnya ia telah dicipta lebih 3000 tahun lalu oleh puak Maya atau Aztec dengan bantuan makluk asing kononnya. Jika menyentuh salah satu tengkorak ini, ia akan menyembuhkan penyakit anda dan memberikan kuasa. Terdapat 13 siri/jumlah tengkorak ini, jika anda memiliki semua 13 tengkorak ini, anda akan mempunyai kuasa yang kuat dan hebat. Malangnya, semua tengkorak itu telah diperiksa dan disahkan, sebenarnya telah dibuat di Eropah lebih kurang dua abad lepas bukannya dari legenda Maya atau Aztec. Ianya seperti pembohongan dalam filem Steven Spielberg - Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.
Tengkorak kristal itu ditemui bukannya pada bukti dan ditapak arkeologi yang sebenar. Walaupun direka cantik, tengkorak ini dan legenda yang dikaitkan dengan puak Maya adalah tidak lebih daripada cerita legenda penipuan. Ia masih menjadi misteri mengapa dan tujuan apa tengkorak kristal ini dicipta.
2- Tengkorak Bertanduk
Terdapat banyak cerita tentang tengkorak bertanduk yang ditemui ini, namun sangat sedikit fakta dikemukakan sebagai kesahihan dan membuat ujian pemeriksaan fizikal ke atas tengkorak ini. Cerita-cerita tengkorak bertanduk mungkin bermula apabila sebilangan besarnya dilaporkan ditemui di Pennsylvania dan juga di Mexico. Kontraversi yang mencurigakan apabila ianya telah hilang sebelum dikaji oleh pakar-pakar. Ada cerita yang mengatakan bahawa tengkorak ini mempunyai dua baris gigi tajam seperti Drakula. Walaupun beberapa fakta menegaskan bahawa pakar-pakar telah mengesahkan tengkorak bertanduk ini adalah tulen. Tetapi pakar-pakar tersebut tidak pernah dinamakan atau tampil kehadapan untuk memperkenalkan diri mereka. Juga tidak ada fakta dan hujah dari pakar-pakar tersebut untuk membuat pengesahan tentang tengkorak misteri itu.
3- Tengkorak Memanjang/ Tengkorak Alien
Sebilangan besar tengkorak yang panjang atau cacat telah ditemui di seluruh dunia sebagai tengkorak makhluk asing atau alien yang sahih. Tengkorak bayi yang agak lembut dan senang dibentuk oleh kaum asli primitif secara tradisinya akan mengikat ketat kepala bayi mereka selama beberapa bulan. Sama juga dengan orang-orang asli di Pulau Marken di Belanda. Tengkorak cacat diamalkan ribuan tahun dahulu dan telah mendahului sejarah bertulis. Setiap tengkorak diperiksa dengan ujian DNA telah terbukti bukan tengkorak alien atau manusia pra-sejarah. Baru-baru ini, pelbagai negara diselidiki seperti Jerman, Amerika latin. Mexico dan orang-orang asli Australia telah mengamalkan mengikat kepala/ tengkorak dan masih diamalkan dalam sebilangan kecil pada hari ini. Ia dipercayai dilakukan atas sebab-sebab estetik atau untuk menunjukkan status sosial puak tersebut. Dan jika dilakukan dengan betul,ia tidak menyebabkan kerosakan otak.
4- Penemuan Tengkorak Gergasi
Kononnya, pihak tentera dikatakan telah menemui satu kawasan tapak purba dan sesiapa dilarang masuk kecuali kakitangan kerajaan sahaja. Gambar-gambar ini menunjukkan pekerja sedang mengorek dan mendedahkan saiz tengkorak dan rangka yang luar biasa, dengan secara beransur-ansur mendedahkan seluruh rangka gergasi itu. Gambar rangka ini menjadi terkenal dan beredar melalui laman web-web dengan berbagai versi cerita karut. Ada yang mengatakan penemuan gergasi,rangka Nabi Adam a.s dan macam-macam lagi. Tetapi, sebenarnya gambar-gambar ini telah dimanipulasi [edit] dengan menggabungkan pelbagai gambar di dalamnya untuk menjadi lebih real.
5-Trepanning [Rawatang Menebuk Tengkorak Kepala]
Teknik rawatan trepanning dikenali sebagai pembedahan di mana lubang tengkorak digerudi, tebuk atau dikikis ke dalam tengkorak manusia adalah amalan yang dilakukan sejak 8,000 tahun yang lalu. Ia melibatkan penggerudian lubang dalam tengkorak sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit sebagaimana tengkorak berlubang ini telah ditemui. Ia bukan milik makluk asing atau apa-apa cerita rekaan lain. Kaedah rawatan trepanning tidak selalu mengakibatkan kematian, jika ianya mengikut prosedur rawatan yang betul. Walaupun begitu, akan terdapat banyak kematian akibat jangkitan. Hari ini trepanning masih digunakan sebagai rawatan mengenai pelbagai penyakit yang berkaitan di dalam kepada.
6 - Batavus Genuinus
Pada tahun 1828, tengkorak aneh dari Pulau Marken di Belanda ditemui. Walaupun ia bertarikh sebagai agak moden, ia berbeza daripada tengkorak manusia lain dengan bentuk dahi curam itu. Pada tahun 1912, seorang doktor Belanda akhirnya menunjukkan bahawa 'headwear' tradisional [sejenis perhiasan kepala yang diikat ketat oleh orang asli] yang dipakai oleh kanak-kanak asli pedalaman di Pulau Marken adalah penyebabkan dahi cerun/lonjong. Kanak-kanak Marken yang dibesarkan di perairan pulau itu tidak mempunyai dahi curam kerana mereka lebih kepada kemodenan. Jadi spesis manusia Homo Sapiens seperti yang didakwa oleh ahli sains sebelum adalah tidak wujud.
7-Piltdown Man
Pada tahun 1912 di Piltdown, England, Charles Dawson [ bukan Charles Darwin- tetapi sama-sama kaki pembohong ] telah menemui tengkorak aneh yang mempunyai campuran seperti ciri-ciri manusia dan beruk. Dawson mendakwa ia adalah 'pertalian yang hilang' antara manusia dan beruk. Tengkorak ini mempunyai muka manusia, rahang yang condong seperti beruk. Tengkorak itu sebenarnya tengkorak manusia yang ditambah dan direka dengan rahang orang utan dan gigi cimpanzi. Tengkorak ini telah diwarna untuk kelihatan lebih purba. Pada tahun 1953, ahli-ahli sains secara meyakinkan menunjukkan penemuan tengkorak pra-sejarah ini adalah satu penipuan.
8- Tengkorak Calveras
Tengkorak ini ditemui oleh pelombong di Calaveras, Amerika Syarikat, pada tahun 1866. Ia telah digunakan oleh Josiah Whitney sebagai bukti bahawa manusia telah hidup di Amerika sejak zaman Pliocene lagi iaitu lebih 2 juta tahun lalu. Tetapi ia kelihatan agak moden, dan telah dirujuk oleh ramai pakar sebagai bukti bahawa manusia tidak berubah atau berkembang melalui proses masa. Ujian kimia menunjukkan bahawa ia adalah jauh dari masa baru-baru ini dan kisah penemuan tengkorak ini tidak sepadan dengan keadaan tengkorak itu sendiri. Namun Whitney kekal menegaskan bahawa ia adalah tulen. Ia begitu sukar dipercayai, orang ramai tampil ke hadapan dan mendakwa bahawa Josiah Whitney sendiri telah menanam tengkorak itu di tapak perlombongan. Pada tahun 1992, ujian radiokarbon bertarikh meyakinkan telah menunjukkan ia berusia hanya kira-kira 1000 tahun, bukan 2 juta tahun seperti yang dinyatakan oleh Whitney.
9- Starchild Skull
Tengkorak ini ditemui di Mexico sekitar tahun 1930 tetapi dipamerkan kepada orang ramai oleh Lord Pye pada tahun 1999. Pye mendakwa ujian radiokarbon bertarikh telah membuktikan ia berusia 900 tahun dan bahawa saintis tanpa nama sebelum Pye ini telah mengesahkan ia milik tengkorak makhluk asing/alien. Walau bagaimanapun, ujian DNA mendedahkan tengkorak ini sebenarnya tengkorak orang asli Amerika yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak yang mungkin mengalami penyakit hydrocephalus atau 'air dalam-otak'. Masalah penyakit dan gangguan kongenital di mana terdapat terlalu banyak cecair/air dalam kepala/tengkorak. Penyakit seperti ini pernah kita lihat melalui media sekarang ini seperti kanak-kanak penyakit berkepala besar, ternyata ianya bukan milik makluk asing seperti yang didakwa saintis sebelum ini.
10- Kalau no 1 sampai 9 tiada bukti sahih, dan disahkan sebagai PEMBOHONG...apatah lagi no-10 ini.
*Penemuan makluk rangka asing di Gurun Atacama, Chile: Klik Sini