Seorang remaja British ditikam 19 kali dengan kejam semasa bercuti di Turki, semalam telah dikeluarkan dari hospital. Dwayne Ward, 17 tahun, diserang dengan pen-pisau dan dikelar dengan pisau cukur selepas keluar ke resort pelancongan yang popular di Marmaris. Dwayne diserang oleh dua orang pemuda, kemudiannya dibogelkan, ditikam dan dibiarkan terbaring berlumuran darah. Dalam satu minggu rawatan di Hospital Middlesborough, Marmaris, Wayne kembali pulih dan keluar dari Hospital ditemani bapanya.
'Satu tikaman telah tercucuk bahagian paru-paru, salah satu tikaman menusuk hatinya dan tikaman ketiga telah rosak arteri utama di lehernya. Dwyne amat bertuah kerana masih hidup. Jika dia akan dibiarkan lebih lama pasti dia akan mati'. Dr Mavili berkata.
Dr Mavili menjelaskan bahawa Dwayne telah mengalami sebanyak 19 kesan tikaman dan luka akibat pisau cukur. Dwayne telah diserang pada waktu awal pagi Selasa lepas ketika dia dalam keadaan mabuk dan keluar dari bar berdekatan.
Dwayne Ward ditemui terbaring berlumuran dengan darah 
Remaja itu didakwa diserang hendap dan penyerangnya dikatakan telah merompak, membogelkan, menikam dan mengelar Dwayne dan mencampak mangsa di taman sekitar resort itu.
Dua lelaki terbabit itu, Attila Dincer, 26 tahun dan satu lagi yang dinamakan hanya sebagai Ismail A berusia 24 tahun telah ditahan dalam tempoh 48 jam dalam serangan itu. Mereka kini ditahan reman menghadapi tuduhan termasuk rompakan, mencederakan dengan niat dan cubaan membunuh.- DailyMail.UK

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com