Seorang remaja British ditikam 19 kali dengan kejam semasa bercuti di Turki, semalam telah dikeluarkan dari hospital. Dwayne Ward, 17 tahun, diserang dengan pen-pisau dan dikelar dengan pisau cukur selepas keluar ke resort pelancongan yang popular di Marmaris. Dwayne diserang oleh dua orang pemuda, kemudiannya dibogelkan, ditikam dan dibiarkan terbaring berlumuran darah. Dalam satu minggu rawatan di Hospital Middlesborough, Marmaris, Wayne kembali pulih dan keluar dari Hospital ditemani bapanya.
'Satu tikaman telah tercucuk bahagian paru-paru, salah satu tikaman menusuk hatinya dan tikaman ketiga telah rosak arteri utama di lehernya. Dwyne amat bertuah kerana masih hidup. Jika dia akan dibiarkan lebih lama pasti dia akan mati'. Dr Mavili berkata.
Dr Mavili menjelaskan bahawa Dwayne telah mengalami sebanyak 19 kesan tikaman dan luka akibat pisau cukur. Dwayne telah diserang pada waktu awal pagi Selasa lepas ketika dia dalam keadaan mabuk dan keluar dari bar berdekatan.
Dwayne Ward ditemui terbaring berlumuran dengan darah 
Remaja itu didakwa diserang hendap dan penyerangnya dikatakan telah merompak, membogelkan, menikam dan mengelar Dwayne dan mencampak mangsa di taman sekitar resort itu.
Dua lelaki terbabit itu, Attila Dincer, 26 tahun dan satu lagi yang dinamakan hanya sebagai Ismail A berusia 24 tahun telah ditahan dalam tempoh 48 jam dalam serangan itu. Mereka kini ditahan reman menghadapi tuduhan termasuk rompakan, mencederakan dengan niat dan cubaan membunuh.- DailyMail.UK
filed under:
Zakat (mensucikan)  ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.

Syarat wajib zakat
Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:-
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Hikmah Zakat

  1. Hikmah dari zakat antara lain:
  2. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  3. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  4. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  5. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  6. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  7. Untuk pengembangan upaya umat
  8. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  9. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.
Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434H Negeri Seluruh Malaysia
Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.
filed under:
Arnab pelik ini ditemui melompat di sekitar kawasan Minnesota, dan dirakam oleh seorang remaja di dimuat naik di youtube menarik ramai pengunjung. Video arnab dengan penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan ketumbuhan mengerikan itu menarik lebih 200,000 pengunjung dalam masa kurang dari seminggu. Arnab yang dijangkiti oleh sejenis virus HPV(CRPV), juga dikenali sebagai virus HPV Shope yang menyebabkan tumor tumbuh membesar di kepala haiwan itu. Tumor itu akhirnya boleh menjadi semakin membesar sehingga mengganggu keupayaan untuk makan menyebabkan arnab-arnab malang ini mati kebuluran.
Gunnar Boettcher, 20, memberitahu Mail Online dia menemui arnab itu dalam timbunan kayu di belakang rumahnya.
Ketumbuhan seperti tanduk yang semakin bertambah dan akhirnya akan mati kelaparan
Digelar 'Frankenstein', haiwan yang pertama kali dilihat oleh keluarga Boettcher di Mankato, Minnesota, awal bulan lepas ditemui melompat di sekeliling di belakang rumah mereka. Mereka memuat naik video ke Facebook yang menyebar dan telah menjadi popular, menurut Gunnar. Dia berkata Shane rakannya memutuskan untuk meletakkan gambar-gambar arnab malang ini di laman web Reddit.com yang bertajuk 'Rabbit yang tinggal di belakang rumah kawan saya'. Arnab yang dijangkiti virus sering menjadi sumber cerita-cerita mitos tentang 'Jackalope' [ mitos Inggeris] yang merupakan arnab dengan tanduk seperti antelop. Cerita dan ilustrasi arnab bertanduk telah muncul dalam buku-buku saintifik sejak bertahun-tahun dulu seperti Tableau encyclopédique et méthodique dari tahun 1789. - Sumber: DailyMail Online
filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com