Ramai yang sebenarnya nak lari dari realiti kehidupan sebenar bila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan. MrJocko pun sama, kita sama manusia. Nak lari dari kesusahan, nak lari dari masalah, tetapi berkali mencuba tetap di landa dan di selubungi masalah.

Tidak kira masalah dalam kewangan, masalah perhubungan atau masalah di tempat kerja, selagi kita bernama manusia, ia akan tetap berlegar dan mengetuk kita apabila tiba masa.

Ketika muda remaja, MrJocko sememangnya turut mengalami masalah pengurusan kewangan yang kronik juga. Walaupun punyai gaji tetap, tetapi belum sampai seminggu selepas ‘pay day’ selalunya wang di dalam poket sudah kembali kosong atau tinggal beberapa keping sahaja. Akibat dari tidak pandai urus wang, tidak pandai menyimpan, tidak pandai berbelanja, akhirnya banyak masalah menimpa.

Namun, bila sudah semakin tua, bila sudah berkeluarga, lama-lama MrJocko belajar sedikit demi sedikit untuk urus wang yang sedikit, supaya boleh bertahan selama boleh. Sudah hampir 8 tahun MrJocko sudah tidak menggunakan Kad Kredit kerana MrJocko tak tahan dengan dugaan Kad Kredit yang berhantu itu. Nafsu nak berbelanja sentiasa ada bila ada Kad Kredit.


Apa yang MrJocko perasan dan melalui pengalaman sendiri, punca poket kosong ini akibat dari :
1. Berbelanja melebihi kemampuan sebenar,
2. Mahu guna barang branded sahaja, murah tak mahu,
3. Tak pandai kawal guna Kad Kredit,
4. Tiada inisiatif untuk menyimpan duit,
5. Istilah ‘kalau takda duit, boleh pinjam duit kawan, keluarga dll’
6. Malu jika kawan tahu kita tak mampu,
7. Ingin menunjuk-nunjuk,
8. Mahu senang, tapi malas nak kerja lebih,
9. Suka buat hutang sana sini,
10. Beli benda yang tidak perlu,

Harap apa yang MrJocko cuba belajar, akan cuba memperbaiki diri sendiri dan keluarga. Semakin hari semakin tua dan semestinya diharapkan semakin bagus untuk terus maju ke hadapan.

Tidak mahu lagi terjerat dalam bebanan hutang yang melampau. Apa yang ada sekarang, perlu diselesaikan dengan cepat, kembali untuk mengumpul harta dan bukannya kumpul hutang. Semoga suatu hari nanti, Poket MrJocko tidak akan lagi pernah menjadi ‘Poket Kosong’, tetapi penuh ‘berisi’…

Sumber

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com