Telur rebus dari air kencing adalah makanan istimewa dan menjadi tradisi masyarakat China di Dongyang.
Maaf saya tidak akan mencuba biar pun dikata sedap dari telur rebus biasa.Bandar Dongyang adalah terkenal dgn masakan telur rebus dari air kencing kanak-kanak pelajar sekolah rendah tempatan di bandar ini.
Ini dipanggil resipi dari Virgin Boy Eggs (VBE) adalah agak benar-benar mudah. Pertama mereka mengumpul baldi air kencing di sekolah-sekolah rendah tempatan di sini. Hanya air kanak-kanak lelaki di bawah umur 10 tahun sahaja dikatakan sesuai diambil dan digunakan untuk memasak telur-telur ini tadi.
Telur terlebih dahulu direndam di dalam periuk bersama air kencing, kemudian dimasak sehingga mendidih. Apabila kulit telur telah merekah, mereka akan wapkan VBE ini sepanjang hari dengan air kencing baru untuk memberikan telur itu kelihatan segar dan rasa yg enak.
Telur rebus (VBE) ini adalah sangat popular di Dongyang, ia adalah perniagaan sejak beberapa dekad lalu. Setiap telur dijual dengan kadar kira-kira $0.25, kira-kira empat kali ganda dengan telur biasa. Dan menurut tradisi Cina, VBE memberikan peredaran darah yang baik, mencerdaskan otak,tenaga dan juga menghalang strok.

masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com