kadang-kadang mitos adalah lebih menarik daripada fakta.
Sebuah legenda negeri menyebut bahawa dalam abad ke-13 di Republik Czech,kisah seorang biarawan telah dikutuk, dihukum dan dipenjarakan seumur hidup dalam sebuah bilik di sebuah gereja kerana melanggar peraturan gereja(monastik)yg serius.
Paderi itu membuat perjanjian dengan pegawai atasannya. Dia akan mencipta dengan penulisannya dalam satu malam satu salinan karya-karya ilmiah kitab Bible dan dia berjanji satu pencapaian yang begitu menakjubkan bahawa ia akan membuat tapak biara menjadi ramai pengunjung (dan kemudiannya akan membawa masuk banyak wang untuk biara itu). Jika dia berjaya, dia akan dibebaskan. para rahib dan biarawan yang lain bersetuju, dan lelaki itu menetap tugasnya untuk malam itu.
Tidak terkira berapa cepat dia menyalin kerja-kerja itu, bagaimanapun paderi itu tidak akan dapat menyelesaikan sehingga ke pagi.
Sekitar tengah malam kerja-kerjanya masih lagi tidak dapat disiapkan dan dia terfikir utk membuat perjanjian dengan iblis dan meminta bantuan iblis untuk menyiapkan kerja-kerjanya jika putera gelap itu(iblis) dapat membantu menyelesaikan tugas ini, dia akan menyerahkan jiwanya kepada iblis itu.
Iblis bersetuju.
Pagi esoknya, para rahib mendapati ada sebuah buku besar di dalam bilik hasil dari penulisan paderi itu dan mereka memeriksa dengan teliti satu per satu dan paderi itu dibebaskan.
Buku yang terhasil itu dikenali sebagai Gigas Codex ("Giant Book") atau Bible Iblis/ The Devil’s Bible.
Para cendekiawan sejak itu cuba untuk menganalisis buku yg unik itu dikenali hari ini sebagai The Devil’s Bible. Dimensi yang mengejutkan: 36 inci tinggi, 20 inci lebar, dan sembilan inci tebal. Ia mempunyai berat lebih daripada 160 pound dan memegang gelaran bagi manuskrip terbesar pd zaman pertengahan. Muka surat yang dibuat seperti kulit keldai atau kulit anak lembu. Dianggarkan akan mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan jika penulis itu menulis tanpa henti (non-stop).
Misteri, ia kini tidak lengkap. Beberapa halaman telah dikeluarkan sepanjang masa atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Sesetengah mengesyaki bahawa laman-laman ini hilang semata-mata mengandungi peraturan berbahaya atau terahsia bagi pihak gereja, manakala yang lain percaya bahawa mereka yang terkandung maklumat dlm muka surat Bible itu terlalu jahat akan dibenarkan bersama-sama halaman-halaman lain.
Buku ini tidak mengandungi kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, teks perubatan, ensiklopedia (naskah yg mengandungi maklumat ilmu) purba dan kalendar.
Terdapat benang yang dijahit pada setiap muka surat dalam buku legenda itu, juga terdapat satu contoh yang besar gambaran grafik syaitan dalam buku itu. Sarjana atau penganalisis percaya bagaimana buku itu boleh disiapkan dlm satu malam,sedangkan sepatutnya memakan masa sekurang-kurangnya 20 tahun.
Selepas abad ke-13, buku itu nampaknya terus kekal disimpan di gereja itu sehingga pd thn1594, apabila ia telah diletak ke perpustakaan Rudolf II, Holy Roman Emperor.
Ia kekal berada di sana sehingga pd thn 1648 (pada akhir Perang Tiga Puluh Tahun), apabila buku itu, bersama-sama dengan manuskrip lain diambil oleh Sweden dlm kemenangan perang dan diletak di sebuah perpustakaan di Stockholm.
Apabila kebakaran berlaku di Perpustakaan Diraja Sweden pada thn 1697, buku berusia 400 tercampak keluar dari tingkat atas bangunan dalam usaha untuk menyelamatkannya yang menyebabkan beberapa muka surat yang telah rosak dan longgar akibat tercampak dari atas.
Pada september 2007, selepas 359 tahun, Codex Gigas kembali ke Prague atas pinjaman dari Sweden sehingga Januari 2008, dan dipamerkan di Czech National Library.
Sebuah dokumentari National Geographic termasuk temu bual dengan pakar-pakar manuskrip yang menunjuk ke arah bukti (handwriting analysis and a credit to hermann inclusus – "herman the recluse") yang menunjukkan bahawa manuskrip itu adalah kerja hanya seorang jurutulis/penulis.
Walaupun banyak ciri-ciri yang unik, buku ini adalah yang paling terkenal bagi potret syaitan itu.
Sejarah sebenar Devil’s Bible tidak dpt diketahui, dan muka surat yang hilang itu terus hilang selama-lamanya.