Dalam kehidupan seharian, kita banyak dihadapkan dengan peralatan yang memberi kemudahan kepada kita. Tetapi adakah kita ambil tahu tentang peralatan tersebut halal atau sebaliknya? Antara perkara yang akan saya sentuh adalah peralatan berkaitan dengan berus seperti berus cat rumah, berus blusher, berus cat lukisan dan sebagainya. Jom kita tinjau berus yang berunsurkan bulu khinzir atau babi.
Kebanyakan berus yang murah dari China diperbuat daripada bulu khinzir. Ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir
Bulu yang rimbun di hujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah telah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain dan inilah salah satu hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya oleh kerana sebahagian besar daripada kita mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal kecil seperti ini. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada diri kita tanpa kita menyedarinya.

Jadi, mulai hari ini berhati-hatilah dengan peralatan yang berasakan bulu. Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi. ~amin~

Sumber


masukkan email kamu untuk mendapatkan update artikel terbaru setiap hari

filed under:
Copyright © 2013 artikel-fenomenal | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com